Trending

Apa Fungsi Htag Dalam Posting Media Sosial Kita

Kebanyakkan orang menggunakan hashtag hanya untuk suka-suka sahaja (termasuk saya sendiri sebelum ini). Kawan buat so kita pun buatlah.

.

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa harus, perlu dan baiknya jika kita menggunakan hashtag dalam interaksi media sosial seharian kita.

.

1. Hashtag memudahkan anda untuk dijumpai.

Jika anda mempunyai bisnes, hashtag membantu para pelanggan untuk mencari anda dalam media sosial.

.

Contohnya jika anda menggunakan hashtag seperti #BaranganBayi, setiap carian untuk “Barangan Bayi” akan melibatkan anda.

.

2. Hashtag memudahkan anda untuk mencari sesuatu.

.

Jika anda ingin mencari atau membuat kajian tentang sesuatu topik di media sosial, gunakan hashtag. Lebih fokus.

.

3. Hashtag mendapat lebih banyak klik.

.

Ini penting untuk para pengusaha online. Nota: Jangan guna lebih daripada 2 hashtag dalam satu-satu post. Ini membuatkan post anda kelihatan seperti spam.

.

4. Hashtag menjadi pautan

.

Setiap hashtag yang anda buat akan menjadi pautan atau link yang mana jika diklik akan mengumpulkan semua post yang menggunakan hashtag yang sama.

.

5. Hashtag boleh mengambarkan emosi atau maksud tertentu.

Menjadikan post anda lebih menarik atau membawa maksud tertentu tanpa anda perlu menjelaskannya. Contoh yang biasa digunakan

#JanganKecamSaya #TakSabarMenunggu #MasukBakulAngkatSendiri #htag


Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Apa Fungsi Htag Dalam Posting Media Sosial kita? Cuba Tips yang saya kongsikan Ini” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *