Trending

APA ITU DROPSHIP, AGENT & STOKIS?

BEZA DROPSHIP, AGENT DAN STOKIS

Ada lagi rupanya yang masih confuse apa beza dropship, agen dan stokis. Meh saya kongsi sikit apa beza 3 kategori ini secara general.

.
DROPSHIP

– Modal biasanya dalam bentuk pendaftaran sahaja.
– Tak perlu simpan stok
– Tak perlu buat postage
– Margin rendah, biasanya 10-20% daripada harga produk

AGENT

– Modal biasanya untuk beli 1 dozen produk. So bergantung pada harga produk tersebut. Produk mahal, tinggi lah nilai modal.
– Perlu simpan stok dan buat postage
– Boleh rekrut dropship
– Margin sederhana : lebih kurang 30%

STOKIS

– Modal besar bergantung pada produk. Biasanya RM 5000 ke atas.
– WAJIB rekrut agen dan dropship
– WAJIB bantu salurkan ilmu kepada agen dan dropship
– Margin tinggi 40-50% (mungkin lebih) bergantung pada kuantiti stok yang perlu di ambil
– Margin tinggi sebab perlu berkongsi rezeki dengan agen dan dropship

Biasanya HQ masing-masing ada bagi reward yang merupakan subject to change, bergantung pada produk masing-masing.

====

Harap perkongsian simple ni membantu kawan-kawan yang sedang terkapai-kapai nak mula bisnes sempena tahun baru 2020yang sudah tak lama lagi.

Mungkin ada sikit perbezaan antara produk dan jenama mengikut founder dan management masing-masing. Ini hanya panduan yang general.

Tanamkan dalam fikiran, nak mulakan bisnes tak semestinya ada modal banyak. Modal yang paling penting, modal diri kita dan ilmu.

Saya izinkan SHARE kalau bermanfaat pada anda dan kawan-kawan.

Ps : Yang dah pandai, kongsi dengan kawan. Jangan kedekut ilmu.

amore #amorecookies #nampakjerbeli

One thought on “APA ITU DROPSHIP, AGENT & STOKIS?”

Leave a Reply to SITI NORLAILA ASYIKIN BINTI MAT ISA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *